Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 29, 2010

Penutup Paling Gemilang Buat Malaysia Pada Tahun 2010

Tahniah dan Terima Kasih buat pasukan Malaysia apabila berjaya mengukir satu lipatan sejarah tidak mungkin kita lupakan bagi tahun 2010. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bung Karno adalah seperti yang kita sangkakan apabila Indonesia melancarkan serangan begitu agresif hingga Malaysia hampir bolos pada minit ke 14 apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi Khairul Fahmi menidakkan jaringan awal untuk Indonesia apabila berjaya menangkap bola dari kapten pasukan Indonesia. Perlawanan terus menjadi berat sebelah apabila pasukan Indonesia sering kali melakukan serangan dengan menghantar 4 hingga 5 pemain untuk membolosi pasukan Malaysia. Namun Malaysia berjaya menyelamatkan tinggal gol Malaysia dari dibolosi.



Pada seprauh masa kedua bermula, Indonesia sekali lagi terus dengan taktik menyerang dengan menghantar 5 pemain untuk menyerang tapi semua itu hanya memakan diri apabila Safee Sali berjaya melakukan serangan balas pantas untuk menjaringkan gol pendahuluan  pada minit ke 54 hasil hantaran Safiq Rahim. Gol itu terus menyentap pasukan Indonesia malah mereka menukar strategi dengan memasukkan Bambang untuk bergandingan dengan Gonzales. Segala yang telah saya jangkakan apabila gandingan mereka berdua terus mengucar kacirkan pasukan Malaysia . Pada 10 minit terakhir perlawanan akhirnya Khairul Fahmi tidak mampu lagi untuk menahan asakan Indonesia menyebabkan Nasuha berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan Indonesia. Ini terus memberi semangat kepada pasukan Indonesia untuk terus melakukan serangan balas dan pada minit terakhir perlawanan, pasukan Indonesia berjaya mencari satu lagi gol hasil rembatan dari luar kotak penalti. Namun  segalanya berakhir apabila pengadil meniupkan wisel untuk menamatkan perlawanan dengan Malaysia 2 - 1 Indonesia. Hasilnya Malaysia menang dengan agregat 4 -2. Safee Sali dianugerahkan Kasut Emas apabila menjaringkan 5 gol sepanjang perlawanan dan kapten Indonesia dianugerahkan pemain terbaik perlawanan pada malam itu. Tahniah buat pasukan Malaysia.



Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.
Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

1 comment:

  1. Team Malaysia mmg terbaik... teruja tengok corak permainan dia org masa di Bukit Jalil tempoh hari... Tahniah kpd GK.. Khairul Fahmi yg mmg cemerlang, gemilang, terbilang... Kalau dia x ada mlm tu... mungkin Malaysia kalah sbb bahagian pertahanan tak begitu menyerlah... Apa pun... penyerang Malaysia mmg berbisa.. kekalkan prestasi.. baru ada semangat nak tengok bola...

    ReplyDelete