Nuffnang Advertisement

Sunday, January 2, 2011

Aktiviti Penutup 2010 dan Pembuka 2011 (Lanson Place, Naili's Place & Bagan Lalang)

Selamat Menyambut Tahun 2011, moga Allah senantiasa memberi rahmat dan membuka pintu rezeki kepada kita semua, Amin..




Penuh sungguh aktiviti hujung minggu sempena cuti Kejuaraan Piala Suzuki & Awal Tahun 2011. Pada 30 Disember 2010, mak dan abah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nur Dalilah (adik perempuan) memasuki semester baru di UPM. Saya bangun awal pada pagi tu untuk mengambil mereka di Hentian Duta. Saya membawa mereka ke IJN untuk sarapan pagi dan mereka beristirehat di IJN sementara tunggu tengahari  untuk pergi check in di Lanson Place, Jalan Ampang Hilir. Selepas balik kerja terus saya ke Lanson Place untuk berehat dulu kerana jalan sesak sebab semua orang hendak balik awal maklumlah esoknya cuti sempena Kejuaran Piala Suzuki Pasukan Malaysia. Selepas Maghrib terus kami bergerak mengambil isteri saya di Kelana Jaya dan meneruskan perjalanan ke Gulam Mee di Kota Damansara. Memang layan bila dapat merasa keenakan mee goreng kat situ. Sekali sekala terubat juga rindu nak pekena Mee Goreng Derga(located at Kedah). Pada malam tu kami pulang ke Larson Place dan beristirehat sehingga keesokan hari.

Pada 31 Disember 2010, aktiviti kami penuh pada hari itu. Pagi tu saya pergi membeli nasi lemak kat Taman Maluri memang sedap. Roti canai pun boleh tahan juga kat situ. Waktu tengahari saya dan bapa ke Masjid Pulapol di Jalan Semarak untuk solat Jumaat. Memang sejuk aircond kat situ sebab x ramai orang sebab selalu penuh masa hari kerja bila hari cuti jadi x brapa ramai orang pergi solat disitu. Selepas solat kami pergi membeli nasi beriani dekat Tasik Titiwangsa. Boleh tahan juga kena penangan nasi beriani tengahari macam ni. Lepas makan, kami sekeluarga terus keluar ke Tesco Damansara sebab Dalilah nak pergi beli barang. Setelah selesai kami terus ke OneUtama sebab abah nak beli kasut baru sebab kasut lama dia dah koyak. Nasib baik jumpa kasut ikut citarasa dia. Hari tu pulak tengah promosi memang berbaloi la beli kasut memang dapat diskaun sampai 60%. Lebih kurang hadiah untuk ulang tahun abah pada 2 Disember yang lepas. Lebih kurang shopping agak lama juga sampai pukul 9 lebih masa nak keluar dari OneUtama.


Selepas itu kami terus ke Naili's Place sebab Uncle Jan (bapa saudara) jemput untuk menjamu selera disana. Kami duduk kat sana hingga menjelang 12 tengahmalam kemudian baru kami bergerak pulang ke Lanson Place. Memang letih seharian berada di luar hingga pulang terus semua tidur itu pun lebih kurang pukul 2 lebih juga sebab jalan dah sesak semasa perjalanan pulang ke hotel.

Pada 1 Januari 2011, kami bangun dan terus check out dan ke Kelana Jaya untuk hantar barang ke rumah. Lepas itu kami pergi ke Fend Ikan Bakar (SS5, Kelana Jaya). Semua orang memang layan makan ikan bakar setelah lapar sebab tidak semapt nak sarapan pagi. Lepas itu, kami ke HPA Mall (Seksyen 13, Shah Alam) sebab nak pergi membeli beberapa barang lagi. Paling penting nak membeli HPA KOKO memang sedap kalau minum lepas itu confirm x nak layan Milo dah sebab rasa HPA KOKO lagi sedap dari Milo. Semasa duduk tengok itu, saya ternampak produk baru HPA, Gulai Itik Nila. Tengok dah terliur jadi saya beli satu untuk merasa nanti. Bila dah selesai membeli sekali hujan turun lebat jadi kami tunggu dulu. Bila hujan dah rintik kami terus bergerak ke Hentian Duta untuk membeli tiket untuk mak dan abah kerana mereka hendak pulang keesokkan harinya. Kami pergi beli awal takut nanti tiket habis pula. Selepas itu, kami terus pulang ke rumah untuk bersiap kerana malam pula kami akan ke Bagan Lalang (Sepang) bersama keluarga Fendi (Biras Saya). Lebih kurang pukul 6 kami bertolak ke sana untuk menjamah makanan laut di tepi Pantai Bagan Lalang. Jalan agak sesak semasa tiba di pekan Sepang sebab semua orang masih bercuti. Sampai di Bagan Lalang memang tidak sangka memang ramai sangat orang sehingga tempat makan yang hendak kami kunjungi pun penuh hingga terpaksa beratur untuk pergi memilih makanan laut disana. Masa beratur dari pukul 7.30 mlm hingga pukul 8.15 baru la kami boleh memilih makanan laut untuk dimasak. Selepas itu, kami terpaksa menunggu lebih kurang sejam lebih dalam pukul 9.30 mlm barulah makanan sampai untuk kami menjamah. Nasib baik la berbaloi kami tunggu begitu lama. Memang layan dan amat sedap sekali makanan pada malam itu. Siap ada ikan masak kukus, sotong goreng tepung, udang masak sambal, ikan bakar, ikan masak 3 rasa dan baru saya rasa siput buluh (orang Kedah kata Kepah Buluh dan macam-macam nama gak la). Bila kami pulang pun sudah dekat pukul 10 mlm jadi bila sampai rumah memang semua terus terlentang tidur.

Pada 2 Januari 2011, penutup aktiviti iaitu berbalik pada tujuan asal abah dan mak jadi pada pagi tu lebih kurang pukul 11 pagi kami menghantar barang Dalilah di UPM. Setelah selesai kami terus ke IKEA (Mutiara Damansara) sebab mak nak tengok barang-barang yang boleh dibawa pulang ke Alor Star. Selepas itu kami ke Santai (TTDI), makanan biasa saja jadi semua orang just buat alas perut. Kami terus pulang ke rumah untuk bersiap hantar mak dan abah ke Hentian Duta kerana bas akan bertolak pada pukul 6.30 ptg. Mereka menaiki Pancaran Matahari, memang selesa juga bas ini sebab saya sendiri pernah naik untuk pulang ke Kedah. Semasa di Hentian Duta ternampak bas dari Sabak Bernam sampai masa menunggu bas Pancaran Matahari bertolak. Saya baru nak kata En Shidi (ofismate) mesti naik bas ini. Seperti dijangka sekali En Shidi keluar dari bas tu. Lepas bas Pancaran Matahari dah bertolak jadi kami terus menghantar Dalilah pulang ke UPm dan En Shidi tumpang sekali sebab secara tidak langsung rumah dia dekat Bandar Sri Permaisuri, memang dalam laluan perjalanan kami menghantar Daliah ke UPM. Selepas hantar En Shidi, kami singgah di Q Bistro sebab lama x pekena makanan kat situ. Dulu masa pergi masih lagi bujang dan tinggal dekat kawasan situ. Kami makan murtabak daging dan ayam memang tak sedap langsung. Jadi kami hanya makan kongsi-kongsi sahaja. Lepas tu hantar Dalilah dan kami terus pulang ke Kelana Jaya.

Memang penuh aktiviti kami kali ini sehingga terasa penat bila pulang. Bersyukur kerana dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment