Nuffnang Advertisement

Thursday, January 20, 2011

Kemunculan Misbun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra

Tony Gunawan/ Baca vs Rasmussen/Chanroid

Pada 20 Januari 2011, aku dan isteri telah menempah tiket untuk pergi menonton perlawanan badminton Terbuka Malaysia. Hari tu dah cuti umum so kami pergi menenangkan diri dan melupakan tekanan kerja.



Memang seperti dijangka apabila agak ramai juga orang pada hari tu sebab dah cuti umum. Semasa kami sampai perlawanan baru berlangsung. Masa tu Simon Santoso sedang menentang Chen Jin. Simon Santoso agak bersahaja menentang Chen Jin. Chen Jin tewas 3 set kepada Simon Santoso. Selepas itu baru la Wong Mew Choo masuk berlawan Wang Xin. Perlawanan agak sengit juga hingga membawa 3 set, namun Mew Choo tidak mampu meneruskan rentak kemenangan apabila tewas pada set ketiga dengan mudah.


Perlawanan kemudiannya diteruskan lagi apabila pasangan Zakry/Hoon sebagai gandingan baru. Kemunculan mereka begitu bagus apabila menewaskan pasangan Singapura dengan 2 set mudah. Kemudian Lin Dan masuk dengan gah dan sombong malah tidak menghiraukan penonton Malaysia. Beliau bermain agak bersahaja menewaskan Li Hyun Il dengan 2 set. Kemudian Farizzuan/Choon masuk digelanggang menentang gandingan China. Mereka tewas mudah malah persembahan yang ditunjukkan kurang memberangsangkan.



Lin Dan vs Li Hyn Il

Zakry/Hoon vs Saputra/Rycharty(Singapura)

Wong Mew Choo vs Wang Xin



Lee Chong Wei vs Hu Yun
Kemudian kemunculan yang dinantikan oleh semua penyokong Malaysia apabila Lee Chong Wei masuk sebagai perlawanan terakhir perseorang lelaki menentang Hu Yun dari Hong Kong. Ketika semua sedang menyorak kemunculan Lee Chong Wei, muncul seseorang yang tanpa diduga akan berada digelanggang bersama dengan Lee Chong Wei iaitu Datuk Misbun Sidek. Semua penonton menyorak kegembiraan dan menepuk tangan bagi menghargai kehadiran Datuk Misbun Sidek pada malam itu. Penonton begitu teruja malah Lee Chong Wei juga merasakan begitu apabila beliau bermain dengan begitu agresif dengan serangan bertali arus. Beliau menang mudah dan begitu cepat perlawanan berlangsung apabila beliau menang 2 set. Setelah perlawanan selesai Lee Chong Wei memeluk jurulatihnya itu sebagai tanda penghargaan Datuk Misbun berkorban demi negara. Saya mengucapkan selamat berjaya buat Lee Chong Wei agar terus berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketujuh. Malaysia Boleh!!!!
Gabungan yang dinantikan oleh semua penyokong Malaysia

1 comment:

  1. Sorry sbb x dpt join kome nonton game tu.. Ape2 pun.. teman akan join kome dlm game badminton kite esok.. hehehehe...

    ReplyDelete