Nuffnang Advertisement

Thursday, January 20, 2011

Kemunculan Misbun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra

Tony Gunawan/ Baca vs Rasmussen/Chanroid

Pada 20 Januari 2011, aku dan isteri telah menempah tiket untuk pergi menonton perlawanan badminton Terbuka Malaysia. Hari tu dah cuti umum so kami pergi menenangkan diri dan melupakan tekanan kerja.

Ulang Tahun Kelahiran Shakira Di Javita Seafood Restoran, Banting

Restoran Juvita Makana Laut
Pada 8 Januari 2011 yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Banting untuk menyambut ulang tahun kelahiran Shakira, isteriku. Kami bertolak pada waktu petang agar dapat tiba disana untuk makan malam di sana. Kami sampai direstoran tu lebih kurang waktu maghrib. Jadi saya dan Iwan terus ke surau sebelah restoran. Memang bagus surau tu sebab masih menggunakan beduk untuk menandakan masuk waktu solat. Memang bagus la surau dia sebab walaupun hanya diperbuat dari kayu tetapi tetap dilengkapi dengan penghawa dingin. Setelah selesai solat kami terus ke meja makan namun masih menunggu hidangan yang tidak kunjung tiba.

Tuesday, January 4, 2011

Proton Waja Missing in Action

Ampang, 5 Januari 2011, kereta sepupu isteri saya Proton Waja dengan no pendaftaran WNL 4224 bewarna kelabu seperti gambar diatas telah dicuri pada pagi ini. Lokasi kehilangan adalah di kawasan Ampang. Sesiapa yang ternampak, boleh terus menghubungi no telefon dibawah untuk makluman segera.

Iwan (019-3386565)

Sunday, January 2, 2011

Aktiviti Penutup 2010 dan Pembuka 2011 (Lanson Place, Naili's Place & Bagan Lalang)

Selamat Menyambut Tahun 2011, moga Allah senantiasa memberi rahmat dan membuka pintu rezeki kepada kita semua, Amin..




Penuh sungguh aktiviti hujung minggu sempena cuti Kejuaraan Piala Suzuki & Awal Tahun 2011. Pada 30 Disember 2010, mak dan abah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nur Dalilah (adik perempuan) memasuki semester baru di UPM. Saya bangun awal pada pagi tu untuk mengambil mereka di Hentian Duta. Saya membawa mereka ke IJN untuk sarapan pagi dan mereka beristirehat di IJN sementara tunggu tengahari  untuk pergi check in di Lanson Place, Jalan Ampang Hilir. Selepas balik kerja terus saya ke Lanson Place untuk berehat dulu kerana jalan sesak sebab semua orang hendak balik awal maklumlah esoknya cuti sempena Kejuaran Piala Suzuki Pasukan Malaysia. Selepas Maghrib terus kami bergerak mengambil isteri saya di Kelana Jaya dan meneruskan perjalanan ke Gulam Mee di Kota Damansara. Memang layan bila dapat merasa keenakan mee goreng kat situ. Sekali sekala terubat juga rindu nak pekena Mee Goreng Derga(located at Kedah). Pada malam tu kami pulang ke Larson Place dan beristirehat sehingga keesokan hari.