Nuffnang Advertisement

Sunday, July 17, 2011

Jepun menjadi Juara Piala Dunia Wanita Pertama Asia


Pasukan Asia pertama berjaya membawa pulang Piala Dunia ke benua Asia. Walaupun dari skuad wanita tetapi ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Jepun pasukan yang tidak disangka mampu menewaskan skuad wanita Jerman pada peringkat kumpulan kemudian merangkul Piala Dunia pada pusingan akhir selepas menewaskan USA melalui penentuan penalti selepas sekadar seri 2-2 pada 90 minit perlawanan.

Giliran Brazil Mengikut Jejak Argentina

Pagi tadi. Brazil terus mengikut jejak Argentina apabila tersungkur di suku akhir Copa America melalui penentuan sepakan penalti. Penyerang Brazil terus ketandusan jaringan apabila mereka sekadar seri 0-0 sepanjang 90 minit perlawanan dan tambahan masa.


PENYERANG Brazil, Alexandre Pato (tengah), dihalang pertahanan Paraguay, Paula da Silva (kiri) dan pemain tengahnya Enrique Vera, dalam Copa America, peringkat suku akhir, di La Plata, Argentina, sebentar tadi. Paraguay mara ke separuh akhir dengan keputusan 2-0, melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 di masa tambahan



Saturday, July 16, 2011

Argentina tersungkur di tangan Uruguay pada suku akhir


SANTA FE (Argentina): Uruguay mencipta kejutan terbesar apabila menyingkirkan s Argentina 5-4 menerusi penentuan penalti dalam saingan suku akhir Copa America, sebentar tadi.


Kali terakhir Argentina memenangi trofi Cpa America pada 1993.Argentina terpaksa mengigit jari selepas penyerang Manchester City, Carlos Tevez gagal menyempurnakan sepakan penaltinya.Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas tamat 90 minit masa permainan.
Sebelum itu, Diego Perez memberikan gol pembukaan Uruguay sebaik lima minit permainan bermula sebelum penyerang tuan rumah, Gonzalo Higuain menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.