Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 6, 2011

Perjalanan Hari Raya Pertama selepas pulang bekerja

Selamat Hari Raya diucapkan pada semua.


Pada Hari Pertama, saya pulang dari kerja jam 7 pagi, kemudian bersiap dan ke masjid untuk menunaikan Solat Aidil Fitri jam 8 pagi. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah Tok KL di Klang Lama. keluarga uncle yahya dan aunty Kayla pun ada skali. Kami dijamu dengan lemang, rendang ayam & lontong.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai. Persinggahan pertama dirumah Aunty Azizah (Mak Buja). Sepatutnya ke kubur dulu tapi disebabkan tengahari jadi kami singgah dulu rumah Aunty Zah kemudiannya baru ke Kubur menziarah kubur Arwah Tok (Ibu kepada papa). Kak Ina sekeluarga turut berada dirumah Aunty Zah kerana pulang beraya.


Minggu Terakhir Ramadhan Tahun 2011

Ikan Keli Sambal
Kuah Dalca
Sotong Masak Hitam





Akhirnya sempat juga aku mencuba masak set nasi kandar. Lepas juga rindu dengan nasi kandar. hehehe.. Majlis berlangsung pada minggu terakhir Ramadhan. Pada awalnya, saya menjemput Iwan dan Noi untuk merasa percubaan pertama nasi kandar saya. Saya masak nasi kandar, kuah dalca, sotong masak hitam manakala Noi masak ikan keli sambal. Lepas tu kami duk berborak hingga jam 9 malam. Sebelum pulang Iwan membantu saya melakukan sedikit dekorasi terhadap rumah sebab ada perabot baru sampai. Terima kasih pada Iwan dan Noi diatas pertolongan anda.


Majlis IFTAR CNET sempena Bulan Ramadhan


Pada minggu pertama Ramadhan buat julung kali ex CNET kembali berkumpul. Walaupun x ramai yang dapat hadir tapi majlis tetap berlangsung. Memang best gak kadang2 dapat imbas balik cerita dulu dan bila fikir balik jadi kelakar pun ada gak..

Sambutan Ramadhan Di Quality Hotel Kuala Lumpur




Lama btul x update blog saya. Akhirnya punya kelapangan untuk lakukan demikian. Pada minggu ketiga ramadhan kami berkesempatan berbuka puasa di Quality Hotel Kuala Lumpur. Majlis diadakan sempena reunion staff Quality Hotel isteri saya. Tanpa disangka ada juga beberapa staff IJN iaitu Ghazali, Darndanil dan Dailami aiman.