There was an error in this gadget

Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 29, 2010

Penutup Paling Gemilang Buat Malaysia Pada Tahun 2010

Tahniah dan Terima Kasih buat pasukan Malaysia apabila berjaya mengukir satu lipatan sejarah tidak mungkin kita lupakan bagi tahun 2010. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bung Karno adalah seperti yang kita sangkakan apabila Indonesia melancarkan serangan begitu agresif hingga Malaysia hampir bolos pada minit ke 14 apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi Khairul Fahmi menidakkan jaringan awal untuk Indonesia apabila berjaya menangkap bola dari kapten pasukan Indonesia. Perlawanan terus menjadi berat sebelah apabila pasukan Indonesia sering kali melakukan serangan dengan menghantar 4 hingga 5 pemain untuk membolosi pasukan Malaysia. Namun Malaysia berjaya menyelamatkan tinggal gol Malaysia dari dibolosi.

Tuesday, December 28, 2010

Isu Pancaran Laser Telah Dikenalpasti

Pelbagai pihak cuba menunding jari antara satu sama lain jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.


Sunday, December 26, 2010

Malaysia Perlu 90 Minit Sebelum Mimpi Jadi Realiti

 
Norshahrul rancak menggelecek lawan bagi membuka jaringan kepada Safee Sali

Permainan semalam masih boleh kita banggakan walaupun secara teori masih banyak perlu kita perbaiki dari segi aspek mentaliti pemain Malaysia. Pada seprauh masa pertama permainan kita memang agresif tetapi kurang teratur dari segi aspek serangan malah penyerang dan pemain tengah kurang ada persefahaman. Safiq Rahim sering menghantar bola kepada Safee Sali tapi terlalu cepat hendak kehadapan hingga bola belum sempat diambil. S Kunalan bermain sebagai sayap kiri yang bagus malah sering mengucar kacirkan pihak Indonesia. Amirulhadi adalah satu-satunya pemain yang terperlu dibawa masuk sebagai first eleven kerana sering kehilangan bola malah kurang mencipta hantaran kepada penyerang. Malah kehadirannya hanya membantu Indonesia untuk membuka ruang jaringan sahaja. Nasib baik Mahali banyak memainkan peranan sebagai pertahanan sayap kanan yang bagus. Disaat hampir separuh masa pertama tamat, Malaysia terlalu meberi ruang untuk Indonesia kehadapan malah pertahanan terlalu over confident hingga menyebabkan pihak Indonesia mempunyai ruang untuk mencipta jaringan.

Selamat Ulang Tahun Nur Arissa Azzahra Ke 1 Tahun



Pada 25 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung majlis ulang tahun Nur Arissa ke 1 tahun di Dewan Jati Selatan Apartment, Desa Petaling. Agak ramai tetamu yang hadir pada hari tu termasuk keluarga Namaziah dan rakan-rakannya. Memang kenyang saya petang tu siap cover sampai malam lagi. Terima kasih kepada Namaziah atas jemputan makan percuma pada petang tu.

Thursday, December 23, 2010

Akhirnya Seluruh Mahabbah

Akhirnya aku telah menerima album single Amer Munawer setelah lama menunggu untuk mendapatkan CD ini...


Tips Tingkat Trafik Blog Anda

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:->1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik..2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda..

Wednesday, December 22, 2010

Jawatan Kosong (Naili's Place)


Our doors opened on 1997. Founded by Jamal and Norizan, the café was inspired by the founder's daughter – Naili, which means "achievement" in arabic language.
We began our humble operations with a mere 4-table setup in an orchard at Sentul. Staying true to service par excellence and most importantly, maintaining our neighborhood-friendly approach soon earned us a place in the locals' heart.
With a refreshing beach-style café concept distinct to our name, offering signature local and western cuisines, friendly service, music and a relaxing ambience, Naili's Place soon became the talk of the town. New patrons kept pouring in through words of mouth. It wasn't long before business expanded and Naili's first branch was set up in Ampang, followed by Taipan and most recently, Damansara Uptown.

Jawatan Kosong (Utusan Melayu Malaysia Berhad)


Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di anak syarikat miliknya.

1. PENGURUS KANAN KEWANGAN

Tanggungjawab:
- Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan kewangan syarikat dan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
- Menyediakan penyata-penyata kewangan bulanan yang mematuhi piawaian-piawaian perakaunan dan lain-lain peraturan yang berkenaan.
- Menyediakan akaun-akaun pengurusan untuk pihak pengurusan syarikat membuat keputusan dan laporan-laporan kewangan untuk dihantar kepada syarikat induk.
- Memastikan semua urusan kewangan termasuk pengurusan dana, bajet tahunan, percukaian dan pelaporan kewangan dilaksanakan berdasarkan rekod-rekod yang tepat dan dalam jangka waktu yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab ke atas unit-unit seumber manusia dan kawalan kredit.
- Memastikan sistem kawalan dalaman yang berkesan dan pematuhan kepada polisi-polisi dan prosedur-prosedur syarikat.

Jawatan Kosong (Syarikat Gentawang Sdn Bhd)

Maklumat Syarikat Gentawang Sdn. Bhd (GSB) is a company that combines extensive expertise and experiences in the areas of Mechanical and Electrical (M&E) Engineering.

Incorporated on the 8th of April 1996 to provide professionals and the best quality of services of maintenance and engineering to the Mechanical and Electrical (M&E) industry. Since its incorporation, GSB has secured and successfully completed sizeable contracts with the Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL), Faber Union Berhad, KWSP and etc.

The company has been established specifically to provide equipment inspections, supply, design, installations, testing and commissioning as well as operation and maintenance of electrical and instrumentation equipment along the field of power generation, transmission, distribution and industrial installation.

Jawatan Kosong Usim Tijarah

1. JURUWANG
2. PERAMUSAJI
3. TUKANG MASAK
4. PEMBANTU TUKANG MASAK
5. PEMBANCUH AIR

MEMERLUKAN SEGERA PEKERJA SEPENUH MASA / SEPARUH MASA

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI:

USIM TIJARAH HOLDING SDN. BHD
PK-A2-04 & 05, ARAS 2,
PUSAT KOMERSIL,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA,
BANDAR BARU NILAI,
71800 NILAI,NEGERI SEMBILAN.

TEL : 06-798 6461 ATAU 06-798 6456

Tuesday, December 21, 2010

Jawatan Kosong (POS Malaysia)

Pos Malaysia Berhad has come a long way and we are now accelerating our transformation journey, in perfect sync with the Government’s push to leverage on GLCs as the nation’s growth engine. We employ more than 15,000 people, at more than 700 outlets, reaching 6 million addresses nationwide. With solid financial standing, we continue to deliver to our stakeholders the good performance that they expect, year in and year out. We are looking for highly dynamic professionals who are results driven to join us in the following position:

1. Senior System Administrator

Responsibilities:
•Supervise technical support group and ensure all requirement & problem is handle accordingly.
•Responsible to the corporate management planning.
•Responsible to ensure the server operating system was managed properly and in a good practice.
•Ensure any incident related to operating system is solving immediately.
•Supervise the system administrator from time to time.
•Responsible in total from the aspect of technical on Microsoft Server platform.
•Responsible in the aspect of server maintenance.
•Complete the task assigned by the superior.

Requirements:
•Possess at least Degree in IT / ITIL/ Computer Science or equivalent.
•Ability to work independently with minimal supervision and resourceful in supporting the Operational and Technical team issues.
•Responsible, dependable and able to communicate effectively.
•Strong analytical skills, hardworking and good initiative.
•Ability to work with minimum supervision and as a team player.
•Must have strong people skills and ability to mingle with all levels.
•Good command of both verbal and written Bahasa Malaysia and English.
•Ability to achieve results and meet KPIs.

Interested applicants meeting the above criterion shall send their complete resume stating current and expected salary along with non-returnable passport size photo before 25 December 2010, write in to:

DEPUTY GENERAL MANAGER,
GROUP HUMAN RESOURCE
POS MALAYSIA BERHAD
LEVEL 8, KOMPLEKS DAYABUMI
50670 KUALA LUMPUR

For write in application, please indicate the position applied for at the top left-hand corner of the envelope. All applicants will be treated in strict confidence. Only short-listed candidates will be notified

Closing Date: 25 December 2010

Jawatan Kosong (Universiti Teknologi MARA kampus Sg. Buloh)


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sg. Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI FARMASI U41
3. PEGAWAI OPTOMETRI U41
4. PEGAWAI REKOD PERUBATAN N41
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
6. JURURAWAT U29
7. JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) U29
8. JURURAWAT MASYARAKAT U19
9. PEMBANTU REKOD PERUBATAN N17
CARA MEMOHON:Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari lama web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan di http://www.medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sungai Buloh. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Sila kemukakan permohonan kepada :
KETUA TIMBALAN PENDAFTAR
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SELAYANG
JALAN PRIMA SELAYANG
768100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN,
MALAYSIANO.
TEL: (03) 61264664 / 4615 / 4644 / 4643 / 4629
Tarikh Tutup Permohonan : 3 Januari 2011

JUNIOR EXECUTIVE (INSTITUT JANTUNG NEGARA)

Job Description:

JUNIOR EXECUTIVE

Responsibilities

· Assist the Medical Records Committee to assess the completeness and completion of Patient Medical Records (PMR) in order to comply the IJN standard and legal requirement.

· Assist the head of unit to supervise and coordinate the work of Verification staff to ensure the proper functioning of the department.

· Assist to organize the medical records so that retrieve and verify record can be done in minimum time as well as ensuring internal quality assurance.

· Assist head of unit to review and develop new policies/procedures in accordance with ISO, MMC, MSQH hospital accreditation standards and also JCI standards.

· Assist head of unit to provide and submit the Verification report to Head of Health Information Management Services on monthly and yearly basis.

· Assist head of unit to organize and coordinate training in the Trakcare system for the HIMS staff and other department which relates to HIMS activities.

· Compile, abstract, and analyze data from medical records as part of quality control or utilization review.

· Retrieve, analyze and present information for the IJN’s quality assurance studies and patient care evaluation activities.

· Maintain health record indexes and compile administrative and health statistics for public health officials, medical center management, planners and others.

· Perform data retrieval for medical center management and clinical staff for research, diagnostic and teaching purposes. Working with researcher, they determine what information is needed for a particular project and how to compile it.

· Provide assistance for special project

Requirements

· Bachelor Degree of Information Management in Records Management

· Should have experience and knowledge in record management and other related healthcare industries

· Expert in producing reports especially on delinquent report

· Requires a practical knowledge of medical records procedures and references and the organization and consistency of medical records

· Require a basic knowledge of human anatomy, physiology and medical terminology

· Good verbal and written skills and willingness to learn, must be able to work independently and as a group to meet all deadlines

· Computer literate and understand in computer software solution

· Must be able to pay attention in details, demonstrate initiative and problem solving skills

· Must be able to work flexible schedule when needed

· Must be able to lift boxes

· Records Management and IT expert skill

· Administration skill

· Customer Service skill

Benefits:

· Attractive Remuneration Packages

· Tiered EPF employer contribution between 12% to 15%

· Cost of Living Allowance (COLA) - where applicable

· Holiday Reimbursement

· Hospitalisation & Surgical Coverage

· Group Term Life Insurance

· Learning & growth opportunities

· Housing & vehicle loan arrangement

All applications will be treated strictly confidential. Please indicate the position applied for at the top left-hand corner of the envelope and attached together with the relevant certificates.

Only short-listed candidates will be notified.

Human Capital & Organisational Development

INSTITUT JANTUNG NEGARA

145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

E-mail : hrd@ijn.com.my • Webpage : www.ijn.com.my

Majlis Perkahwinan Tristan & Habieha


Akhir nya dapat juga member aku kahwin sorang demi sorang dah selesai.. Amin...

Faizal Tak Mahu Dedah Konsep Persembahan

Betul ke Faizal Tahir akan buat persembahan di dalam air pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) nanti? Pasti ramai yang ingin tahu bukan? Maklumlah belum ada lagi penyanyi yang mampu buat begitu dalam sejarah penganjuran AJL yang masuk ke 25 tahun.



Kesempatan bertemu dengan Faizal pada sidang media AJL 25 kelmarin memberi peluang kepada GUA untuk mengetahui cerita sebenar. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu ‘Hanyut’ dan ‘Selamat Malam’ ini, dia tidak tahu bagaimana boleh timbul cerita yang dia akan menyanyi dalam air untuk malam kemuncak itu nanti.

“Saya dapat tahu perkara ini didedahkan di dalam forum cari.com.my yang kononnya saya akan bawa satu kolam ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ‘Hanyut’ nanti. Saya pun tidak tahu macamana pihak lain yang lebih tahu tentang persembahan saya itu.

Ini kerana buat masa ini kami masih dalam perbincangan. Tidak ada sebarang keputusan yang diambil. Terus-terang saya katakan, sehingga hari ini saya dan pihak pengurusan saya masih belum mencapai kata putus,” jelas Faizal bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, Faizal tidak berahsia tentang konsep persembahannya untuk lagu ‘Selamat Malam’. Jelas penyanyi yang mendapat jolokan ‘Superman Malaysia’ ini dia akan tampil bersama pemuziknya sahaja untuk menyampaikan lagu itu.

“Saya tidak mahu libatkan penari atau pelakon untuk lagu ‘Selamat Malam’. Hanya saya dan pemuzik yang akan tampil membuat persembahan. Saya mahu penonton fokus pada lagu ini sendiri, bukan benda-benda lain,” ujar Faizal.

Ditanya sama ada dia merasa terbeban dengan harapan tinggi peminat terhadap dirinya, Faizal menjelaskan dia tidak pernah berasa sebegitu. Sebaliknya, dia menganggap apa yang diiinginkan oleh peminatnya adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“Saya tidak rasa terbeban atau tertekan apabila peminat mengharapkan yang terbaik daripada saya. Bagi saya, ia adalah cabaran yang perlu dihadapi. Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab untuk tampil dengan idea yang boleh membuat peminat kagum. Sebuah persembahan yang hebat pasti akan diingati dalam tempoh yang lama. Jadi, tidak salah untuk memberikan yang terbaik,” tambah Faizal lagi.

Berbicara tentang harapannya untuk AJL 25, Faizal memberitahu dia tidak mensasarkan kemenangan untuk anugerah berprestij itu. Sebaliknya, dia mempunyai misi untuk membuat persembahan yang bakal diingati dalam tempoh yang lama.

Sebelum ini Faizal pernah muncul bertongkat sewaktu persembahannya selain melakukan persembahan sambil dikenakan pakaian dan digunting rambut di AJL tahun lalu. Faizal juga pernah terbang sewaktu membuat persembahan di AIM.

Faizal akan naik ke pentas untuk giliran ke lapan dan ke 12 pada malam AJL 25 nanti. Lagu ‘Selamat Malam’ akan disampaikan sebelum lagu ‘Hanyut’.

Sumber dari gua.com.my

Monday, December 20, 2010

Jawatan Kosong (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan bertaraf TETAP seperti tersenarai.









1. PUSTAKAWAN S52
2. KURATOR S48
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48
4. PEGAWAI TADBIR N48
5. PEGAWAI PERGIGIAN U48
6. PEGAWAI PERGIGIAN U44
7. PEGAWAI PERUBATAN UD43
8. PEGAWAI KESELAMATAN KP44
9. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
11. AHLI FOTOGRAFI B17

KLIK SINI UNTUK SYARAT KELAYAKANKLIK SINI UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE

Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat
UNIT PERJAWATANBAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1,
Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim,
Perak

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau e-me myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Januari 2011

Barajiwa - Filem Silat Malaysia Pertama


Pengarah filem terkenal, Osman Ali kembali ke kerusi sutradara dengan sebuah filem terbaru. Selepas mengarahkan filem CUN yang dibintangi Maya Karin dan Remy Ishak, Nuansa Sdn Bhd. meneruskan hayat industri perfileman tempatan dengan filem keduanya sebuah filem aksi bertajuk BARAJIWA.

Masih mengekalkan pelakon segak, Remy Ishak, BAWAJIWA akan turut menggandingkan Diana Danielle(Trisya), Nadia Nissa(Lara), Fizz Fairuz(Freez), Bront Palarae(Pinto) dan Mislina Mustafa(Kak Pora). Filem itu turut dibantu pendatang baru layar perak,

Mengangkat tema perjuangan, persahabatan dan cinta yang suci, BARAJIWA dilihat mampu untuk mendekatkan generasi hari ini yang sering disogokkan dengan filem aksi dari Hollywood.
“Kami sangat menghargai kerjasam dan sokongan yang diberikan oleh Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia untuk menjayakan filem ini. Penglibatan pertubuhan itu sedikit sebanyak dapat mengangkat seni silat Melayu yang jarang sekali dapat kita tonton di layar perak.” ujar Osman Ali yang mula mengorak langkah dalam dunia perfileman dengan filem pendek Bukak Api.

“Menerusi filem ini, kami akan menggabungkan silat dan filem dalam konteks yang popular. Kita pernah menontonnya menerusi filem Merantau Warrior di Indonesia, Ong Bak di Thailand yang mana mereka berjaya menggabungkan elemen seni yang mereka ada itu untuk dihayati penonton filem. Warisan persilatan yang kita ada ini perlu dipanjangkan ke generasi muda.” tambah Osman lagi.
Kesalahannya membawa dia ke penjara! Tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan kea rah haluan hidup yang baru. Trisya pula sama seperti gadis lain yang ingin dicintai tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Free! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. BARAJIWA menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.

4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab di mana mereka dan kawan-kawan yang lain mempelajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora, seorang yang amat memahami jiwa remaja seperti mereka.

Kemunculan Pinto, sahabat baik Firma masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal; ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!
“BARAJIWA adalah sebuah “community film” iaitu remaja yang menentang persekitaran. Kedengaran agak berat tetapi filem ini sebenarnya ringan dengan elemen romantic yang membuai perasaan.”

Pertama kali di layar filem bergenre aksi, Diana Danielle yang lebih dikenali dalam filem komersial akui berbesar hati dan berbangga apabila terpilih untuk berlakon di bawah arahan Osman Ali.

“Sudah lama saya mengimpikan untuk berlakon di bawah arahannya setelah menyaksikan filem Anak Halal. Dan hari ini impian saya itu ditunaikan, walaupun dalam waktu yang sama agak gementar kerana BARAJIWA sebuah filem aksi. Berlakon dalam filem sebegini memang memenatkan dan kami berharap akan berjaya melepasi halangan tersebut.” tambah Diana Danielle yang bakal muncul dengan filem Hanyut arahan U-Wei Hj Shaari tidak lama lagi.

Memilih Diana sebagai tunjang utama adalah didorong oleh sifat ingin melihat bakatnya berkembang. Itu pandangan Osman tentang pelakon berdarah kacukan itu.

“Setelah menonton Magika, saya melihat ada sesuatu dalam diri Diana yang boleh dikembangkan lagi. Saya sangat yakin watak Trisya boleh digalas Diana. Saya juga berharap menerusi filem ini persepsi pengkritik dan peminat terhadap Diana akan berubah. Saya juga menjanjikan kejutan buat penonton terhadap lakonan Diana berbanding apa yang pernah ditonton sebelum ini.” terang Osman lagi.

Diana yang sebelum ini lebih dikenali di layar komersial menerusi filem Magika dan Evolusi KL Drift menerima tawaran filem BARAJIWA kerana mencintai seni dan tertarik dengan kerja Osman Ali selaku pengarah.

“Saya melihat Osman merupakan seorang yang teliti dari segi lakonan dan skrip. Beliau memberikan fokus kepada setiap watak dan menganggap setiap watak memainkan peranan yang sama pentingnya dengan pelakon utama.” ujar Diana.

“Peluang bekerja dengan pengarah U-Wei Hj Shaari dalam filem Hanyut benar-benar membuka mata saya. Begitu juga dalam filem …Dalam Botol. Jika dulu saya banyak main-main, kini saya mula serius kerana menyedari filem sebeginilah yang mampu mematangkan seorang pelakon baru seperti saya. Saya mula jatuh cinta setelah berlakon …Dalam Botol dan Hanyut dan rezeki saya melimpah-limpah setelah berlakon dalam filem tersebut.” tambah Diana lagi.
Sementara itu, pelakon Bront Palarae yang baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini hanya memegang watak pembantu. Osman selaku pengarah ada sebabnya yang tersendiri.

“Saya melihat kesesuaian watak. Saya nampak Pinto dalam diri Bront dan begitu juga Firman dalam diri Remy. Sebelum ini saya sering melihat Bront diberikan watak yang menyelitkan unsur “humor”, “charming” dan “witty”. Saya janji dalam filem ini Bront sangat berbeza.” jelas Osman.

BARAJIWA adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan!

Bakal menelan belanja RM1.5 juta, filem BARAJIWA bakal memulakan penggambaran minggu hadapan di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.

Nahas Terburuk - Penutup Tahun 2010




27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuhSIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.



Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.



Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal. Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan."Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian."Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.KRONOLOGI




11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai
11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan
11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan
2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba
2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan
3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula
5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai



Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai



Rakyat Malaysia



1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)



2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)



Rakyat Thailand (lelaki)



3. Poonporn Poolsaeng, 41



4. Charcart Knagsuwan, 48



5. Sumruay Swatphet, 48



6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45



7. Thitisak Pongtanarat, 51



8. Ekachai Na Banexane, 64



9. Phayone Krujinli, 49



10. Weera Chungtanagon



Rakyat Thailand (wanita)



11. Natkritta Poolsaeng, 6



12. Thanyarat Poolseng, 36



13. Achara Wiwati, 36



14. Nutthiya Inyim, 50



15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42



16. Sunchanchira Chaigueai, 40



17. Sriwai Swatphet, 42



18. Priya Prassakul Chai, 38



19. Chutima Throukooi, 25



20. Junpen Pongtanarat, 50



21. Mantana Phromduang, 51



22. Maliwan Mekmahaprom, 53



23. Ampaiwan Thianhtham, 50



24. Isariya Thiangtham, 25



25. Darunee Songsern



26. Rung Da



27. Areena Songserm