Nuffnang Advertisement

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Perlu 90 Minit Sebelum Mimpi Jadi Realiti

 
Norshahrul rancak menggelecek lawan bagi membuka jaringan kepada Safee Sali

Permainan semalam masih boleh kita banggakan walaupun secara teori masih banyak perlu kita perbaiki dari segi aspek mentaliti pemain Malaysia. Pada seprauh masa pertama permainan kita memang agresif tetapi kurang teratur dari segi aspek serangan malah penyerang dan pemain tengah kurang ada persefahaman. Safiq Rahim sering menghantar bola kepada Safee Sali tapi terlalu cepat hendak kehadapan hingga bola belum sempat diambil. S Kunalan bermain sebagai sayap kiri yang bagus malah sering mengucar kacirkan pihak Indonesia. Amirulhadi adalah satu-satunya pemain yang terperlu dibawa masuk sebagai first eleven kerana sering kehilangan bola malah kurang mencipta hantaran kepada penyerang. Malah kehadirannya hanya membantu Indonesia untuk membuka ruang jaringan sahaja. Nasib baik Mahali banyak memainkan peranan sebagai pertahanan sayap kanan yang bagus. Disaat hampir separuh masa pertama tamat, Malaysia terlalu meberi ruang untuk Indonesia kehadapan malah pertahanan terlalu over confident hingga menyebabkan pihak Indonesia mempunyai ruang untuk mencipta jaringan.





Pada separuh masa kedua bermula, barulah Malaysia mula mengatur langkah dengan baik setelah Amirulhadi ditukar dengan Ashaari. Ashaari memainkan peranan yang cantik diposisi sayap kiri sambil dibantu S Kunalan di sayap kanan. Kemudian barulah Nor Shahrul Idlan boleh bergerak mencipta ruang kepada Safee Sali. Setelah terlalu banyak serangan dari pihak Malaysia malah Indonesia sering buntu mencipta serangan . Markus mula mencari alasan bahawa pancaran laser mengganggu dia. Ini lebih kepada serangan psikologi dari Indonesia agar Malaysia akan kurang tumpuan dan akan kehilangan posisi masing-masing. Tapi semua ini hanya memakan diri apabila Nor Shahrul pantas membuka jalan untuk Safee Sali menjaringkan gol pertama menyebabkan Indonesia tersentak. Ashaari terus menghukum Markus yang terlalu bongkak dengan jaringan kedua hasil rembatan setelah Nor Shahrul membuka jalan untuk Malaysia menambah jaringan. Jaringan itu terus membakar semangat Malaysia malah Indonesia mula mencari peluang dengan memasukkan Irfan dan Bambang tapi semua itu tidak membawa sebarang perubahan. Malaysia terus menambah jaringan oleh Safee Sali hasil hantaran cantik Mahali. Malaysia hampir menjaringkan gol ke 4 tapi pengadil menafikan penalti yang sepatutnya dikenakan. Namun jaringan 3-0 sudah cukup sebagai bekalan untuk dibawa ke Stadium Bungkarno. Walaubagaimanapun Malaysia perlu ingat kalau kita jaguh kampung di negara kita, Indonesia juga jaguh kampung di negara mereka.






Indonesia pasti akan menurun barisan serangan yang lebih agresif. Mungkin Gonzales akan digandingkan semula dengan Bambang seperti mana pada permulaan perlawanan dulu apabila Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia hasil gandingan Bambang dan Gonzales. Dalam masa 90 minit pelbagai perkara akan berlaku jadi pemain Malaysia perlu sentiasa berusaha mencari jaringan lagi agar Indonesia kalah dari segi mentaliti dalam berusaha mencari jaringan penyamaan. MALAYSIA BOLEH..!!!


No comments:

Post a Comment