Nuffnang Advertisement

Sunday, December 26, 2010

Selamat Ulang Tahun Nur Arissa Azzahra Ke 1 Tahun



Pada 25 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung majlis ulang tahun Nur Arissa ke 1 tahun di Dewan Jati Selatan Apartment, Desa Petaling. Agak ramai tetamu yang hadir pada hari tu termasuk keluarga Namaziah dan rakan-rakannya. Memang kenyang saya petang tu siap cover sampai malam lagi. Terima kasih kepada Namaziah atas jemputan makan percuma pada petang tu.


Walaupun jemputan kata minum petang tapi makanan seperti mee kari, bihun sup, roti jala, soto dan macam-macam pun ada. Nasib baik dah kenyang kalau tak kek Dora the Explorer pun aku telan. Majlis petang tu dimulakan dengan bacaan doa dari saudara Namaziah tapi aku duk tengah makan dah so kira cover line gak la. Lepas tu baru potong kek Dora the Explorer.


Rakan-rakan yang hadir petang tu adalah Haizad sekeluarga. Semangat betul anak dia makan sampai aku pun selera nak tambah lagi (alasan kukuh nak tambah). Tak lupa petang tu turut dihadiri oleh Raihana (Bio_Med), Sharul (Corporate Comms) dan tak lupa juga bekas kakitangan IJN Azura Norden (kepada rakan yang datang kemudian tu mohon maaf tak dapat nak siar nama kat sini). Setelah kekenyangan aku terus mengangkat kaki pulang lebih kurang lepas azan Asar kerana perlu ke rumah abang dekat Sungai Besi sebab dia dah nak pindah pulang ke Kedah sebab dah dapat kerja kat sana (agaknya bila pula turn aku ni).


Akhir kata, Selamat Ulang Tahun ke 1 tahun buat Nur Arissa. Semoga Allah sentiasa melindungi perjalanan hidupnya di dunia yang penuh dugaan dan di Akhirat kelak. Amin....... Buat Azrul memang semangat betul siap pakai jersi Malaysia nasib Baik Malaysia menang 3-0.. All the best Malaysia..

1 comment:

  1. ada sapa2 lagi nak buat majlis makan jangan lupa jemput

    ReplyDelete