Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 6, 2011

Perjalanan Hari Raya Pertama selepas pulang bekerja

Selamat Hari Raya diucapkan pada semua.


Pada Hari Pertama, saya pulang dari kerja jam 7 pagi, kemudian bersiap dan ke masjid untuk menunaikan Solat Aidil Fitri jam 8 pagi. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah Tok KL di Klang Lama. keluarga uncle yahya dan aunty Kayla pun ada skali. Kami dijamu dengan lemang, rendang ayam & lontong.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai. Persinggahan pertama dirumah Aunty Azizah (Mak Buja). Sepatutnya ke kubur dulu tapi disebabkan tengahari jadi kami singgah dulu rumah Aunty Zah kemudiannya baru ke Kubur menziarah kubur Arwah Tok (Ibu kepada papa). Kak Ina sekeluarga turut berada dirumah Aunty Zah kerana pulang beraya.






Kemudian kami menziarah rumah Aunty Miera. Disana kami dijamu nasi beriani. Memang terbaik gak sebab bley lepas rindu sebab x dapat pekena nasi beriani & Ayam Golek Tok Chom (Aloq Staq). Disana kami sempat berjumpa dengan keluarga Honey Gurl & Keluarga Boy.


Perjalanan diteruskan lagi, kali ni kami ke rumah Uncle Ismail (bapa kepada Adleen Astro Arena). Tak sangka plak Adleen pun pulang juga pada hari tu so dapat la jumpa dia skali. Memang berborak panjang la sebab x pernah berjumpa since kahwin dengan shakira.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Taiping iaitu destinasi penginapan kami, rumah Uncle Azim (bapa kepada Iwan) Setiba disana lebih kurang pukul 8 malam. Iwan dan Uncle Azim memang sedang menunggu kedatangan kami. Kami kemudiannya terus dibawa ke rumah Abang Azrul sebab dia dah siap sedia dengan hidangan. Kami dijamu dengan Mee Sanggul. Memang pertama kali saya makan. Kemudian kami pualng ke rumah Uncle Azim untuk menyegarkan diri setelah seharian berjalan. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah Keluarga Noi di Kampung Boyan.


 


Memang bergelak ketawa la malam tu sebab semua dah mabuk ketupat. Cakap pun merapu ja sampai x sangka jam dah melepasi waktu 12 malam. Kami pun bergerak pulang sebab esok adalah perjalanan saya dan shakira untuk pulang awal sebab malam nanti saya kena masuk kerja balik seperti biasa.

1 comment:

  1. Patutle Paul Moss kene gi keje Raya tu... Sabo ajelah...

    ReplyDelete