Nuffnang Advertisement

Thursday, October 20, 2011

Apa!! Ducati Monster cuma RM59,900


Ducati Monster cuma RM59,900


DUCATI Monster 795 dilancarkan di Kuala Lumpur, malam tadi.



Next Bike lancar model 795

NEXT Bike Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA dan pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia, melancarkan model Ducati Monster 795 dengan harga serendah RM59,900.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NAZA, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata jentera berkuasa 800cc yang dipasang di Thailand itu, dapat dijual pada harga yang lebih murah dengan mengambil kesempatan daripada dasar di bawah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Sebanyak 40 peratus komponen motosikal itu adalah daripada pemasangan tempatan dan kerana itu ia layak dikenakan cukai AFTA. - SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NAZA
“Ia berikutan sebanyak 40 peratus komponen motosikal itu adalah daripada pemasangan tempatan dan kerana itu ia layak dikenakan cukai AFTA,” katanya pada media selepas majlis pelancaran motosikal itu di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Amin.
Juara sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi turut sama memeriahkan pelancaran malam tadi.

SM Zulkifli berkata, ketika ini model Ducati terbaru itu telah menerima tempahan sebanyak 90 buah sejak pelancaran awalnya dua minggu lalu dengan penghantaran pertama akan diterima pelanggannya seawal Disember ini. 

No comments:

Post a Comment