There was an error in this gadget

Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 3, 2012

Rombongan Aliya Damia ke Key EL


 Pada Tahun Baru Cina yang lalu, abang Mustaqim dan Kak Ana telah berkesempatan membawa Damia berjalan di kota Kuala Lumpur ditemani abah dan mak. Atas cuti yang panjang ini maka mereka berkesempatan untuk KL setelah lebih setahun meninggalkan Kuala Lumpur iaitu tempat mencari rezeki satu ketika dahulu. Setelah perjalanan yang lama akhirnya sampai dengan selamat ke kotaraya Kuala Lumpur. 





Aktiviti kami memang penuh sepanjang mereka berada disini. Terima kasih kepada Iwan diatas kesudian beristirehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Naili's Place kerana abah ingin berjumpa adiknya di sana. Disiang hari kami turut berkesempatan ke rumah Aunty Ruby  dan terima kasih Aunty Ruby diatas belanja kami makan di Kayu Nasi Kandar, SS2 Petaling Jaya. Memang sedap sangat kalau nak makan nasi kandar waktu tengahari.




Ketika di rumah Iwan

Makan Kayu Nasi Kandar bersama Aunty Ruby & Uncle Hashim

Kayu Nasi Kandar, SS2 Petaling Jaya.

Mai la pekena sama-sama

Keesokkan hari sempat juga kami singgah di Curve & IKEA untuk berjalan-jalan mereka pulang ke Kedah. Terima kasih diatas kesudian datang ke rumah kami. Berkelapangan nanti singgah la lagi.
 
Bergambar di Curve

Rawatan setelah masing-masing keletiha


1 comment:

  1. mia kata tenkiu pak tam....nanti dia nak p lagi umah baru pak tam....nanti kena p cari durian lagi..hari tu mia tak dan makan pasai abah mia makan byk..dia kata mengkelan...pastu nak p pekena nasik kandaq lagi...kat sana...pastu nk p shopiing kat sogo pasai sana byk option kata oghang putih la...hehe..last but not least...thanks to aunty shakira n uncle men...-from Aliya Damia

    ReplyDelete