Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 3, 2012

Kalumpang Resort tempat buat Warga Kotaraya

Entrance masuk Kalumpang Resort

Pada hujung Februari yang lalu, kami telah berkesempatan menjengah ke Kalumpang Resort yang terletak di Tanjung Malim. Perancangan pada saat akhir namun membuahkan hasil. Sekali sekala meninggalkan hiruk pikuk kota yang terlalu sibuk dan kembali ke alam semesta amat menenangkan. Setiba disana kami amat kagum dengan keindahan ciptaan Allah S.W.T.. 





Kami tidak mengambil masa lama. Selepas solat Asar terus turun untuk merasai keindahan dan kesejukkan air terjun di sini.. Memang rasa tenang dan aman apabila berada di kawasan ini. Setelah puas mandi kami meneruskan acara BBQ di sebelah malam. Pada mulanya memang semangat nak membakar tapi starter x bawa plak so memang penat sangat2 la nak bagi api hidup. Minta maaf la Iwan sebab buat kamu susah ja nak bagi arang tu jadi bara nasib baik ada abang kat Kalumpang Resort ni tolong hidupkan dengan pantas arang terus jadi bara maka bermulalah acara memanggang ayam, ikan, sotong, hotdog dan burger dengan resepi ciptaan saya sendiri.  Setelah itu kami semua menonton Majlis Resepsi Yusry dan Lisa Surihani.


Deruan arus yang begitu menyamankan
Kawasan yang tak putus menjadi persinggahan para pengunjung kotaraya


Keesokkan hari kami meneruskan aktiviti dengan sarapan pagi yang disediakan pihak Kalumpang Resort. Kemudian bersiar-siar disekitar Kalumpang Resort. Kami singgah di Mini Zoo yang disediakan pihak Kalumpang Resort. Setelah itu kami meneruskan aktiviti mandi manda sebelum berangkat pulang ke kotaraya. Sebelum pulang kami singgah di pekan Tanjung Malim untuk membeli pau secara kebetulan  terserempak dengan Kak Hani dan Abang Amin mengikuti konvoi Harley ke Tanjung Malim. Lebih kurang tengahari kami tiba di rumah untuk persediaan untuk pindah ke rumah baru.

Monyet yang terdapat di Mini Zoo

Itik turut menjadi sebahagian dari Mini Zoo


Pemandangan sungai Kalumpang Resort

Sarapan pagi bersama Iwan


No comments:

Post a Comment