Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 3, 2012

Aktiviti Karangkraf sambil bersantai ala Jepun

Karnival Karangkraf 2012
 Wah... Lama betul rasanya tidak menjengah blog sendiri setelah hampir 3 bulan tiada sebarang post disebabkan terlalu sibuk dengan kerja harian dan aktiviti sukan yang kembali aktif.



Pada awal tahun lalu kami berkesempatan ke Karnival Karangkraf yang berlangsung di Seksyen 15, Shah Alam. Pelbagai majalah dan novel dijual dengan harga yang murah. Dalam masa sama sempat bertemu Sham Kamikaze dan Ustaz Ashraf Imam Muda diatas jemputan menyampaikan ceramah pada malam itu.
Hebat jugak terdapat Karangkraf Mall untuk pengujung dapat pada hari biasa untuk membeli novel & majalah
Sempat jugalah Shakira membeli beberapa naskah majalah dan novel.

Selepas selesai berjalan di karnival, kemudiannya kami singgah  di O-Shima Cafe iaitu kedai makanan Jepun milik peniaga Islam jadi kami yakin untuk makan sebagai santapan kami. Disebabkan pertama kali makan makanan Jepun jadi saya memilih makanan yang dicadangkan oleh pemilik restoran iaitu korean ramen manakala Shakira memilih sarayaki ramen dan juga chicken katsu. Memang amat menyelerakan juga cara hidangan dihidangkan walaupun pada mulanya susah nak telan sebab rasa makanan Jepun yang agak berlainan dengan cara makanan kita. Hajat kami untuk merasai sushi tidak kesampaian disebabkan telah habis kerana sushi disitu memang permintaan yang tinggi. Pada yang menggemar makanan Jepun boleh la singgah di kedai ini yang terletak berhadapan dengan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
 
O-Shima Cafe yang terletak di hadapan Plaza Alam Sentral dan Quality Hotel Shah Alam

Korean Ramen

Chicken Katsu

Sarayaki Ramen


No comments:

Post a Comment