Nuffnang Advertisement

Thursday, January 20, 2011

Ulang Tahun Kelahiran Shakira Di Javita Seafood Restoran, Banting

Restoran Juvita Makana Laut
Pada 8 Januari 2011 yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Banting untuk menyambut ulang tahun kelahiran Shakira, isteriku. Kami bertolak pada waktu petang agar dapat tiba disana untuk makan malam di sana. Kami sampai direstoran tu lebih kurang waktu maghrib. Jadi saya dan Iwan terus ke surau sebelah restoran. Memang bagus surau tu sebab masih menggunakan beduk untuk menandakan masuk waktu solat. Memang bagus la surau dia sebab walaupun hanya diperbuat dari kayu tetapi tetap dilengkapi dengan penghawa dingin. Setelah selesai solat kami terus ke meja makan namun masih menunggu hidangan yang tidak kunjung tiba.

Iwan dan Noi tak sabar tunggu tu...
Senyum macam P. Ramlee plak...
Lebih kurang 15 minit lepas tu tiba sahaja makanan terus kami melahap. Memang layan betul makanan kat situ. Iwan dah order ikan masak tiga rasa, siput buluh, sotong goreng tepung, sayur, tomyam campur dan lepas tu bapa mertua aku nak makanan pedas so kami order pulak sotong masak pedas dengan ikan bakar bagi menambah selera. Semua makanan telah habis kami telan cuma keropok ikan saja kami habiskan. Memang membazir gak la sebab order banyak sangat.

Sotong Goreng Tepung
Siput Buluh

Setelah selesai makan kami buat kejutkan pada Shakira dengan Iwan membawa kek untuk dia. Nak ikut cerita aku pun terkejut sebab tak tahu pun pasal rancangan diorang ni. Terima kasih la pada semua yang membeli kek tu. Semua menyambut dengan penuh gembira malah Shakira pun agak teruja pada malam tu.





Ikan Masak 3 Rasa


Kek Bufday

Isteriku Shakira (tengah), adikku Nur Dalilah (Kiri), Adik Iparku Nadia (kanan)



Apa hajat panjang sangat tu..

Selesai sahaja kami terus pergi membayar. Jumlah semua sekali dekat RM200 gak so agak berbaloi gak untuk 9 orang makan sebab lauk kami order pun memang banyak malam tu. Kemudian dalam perjalanan pulang kami singgah ke kedai jeruk sebab bapa mertua aku dah mengkelan (bahasa Kedah maksud teringin yang amat sangat) nak makan jeruk. Lepas beli jeruk kami terus bertolak balik ke rumah. Sampai kat rumah pun lebih kurang pukul 11 malam. 
kedai Jeruk dekat Banting

1 comment: