Selamat Menyambut Tahun 2011, moga Allah senantiasa memberi rahmat dan membuka pintu rezeki kepada kita semua, Amin..


Penuh sungguh aktiviti hujung minggu sempena cuti Kejuaraan Piala Suzuki & Awal Tahun 2011. Pada 30 Disember 2010, mak dan abah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nur Dalilah (adik perempuan) memasuki semester baru di UPM. Saya bangun awal pada pagi tu untuk mengambil mereka di Hentian Duta. Saya membawa mereka ke IJN untuk sarapan pagi dan mereka beristirehat di IJN sementara tunggu tengahari untuk pergi check in di Lanson Place, Jalan Ampang Hilir. Selepas balik kerja terus saya ke Lanson Place untuk berehat dulu kerana jalan sesak sebab semua orang hendak balik awal maklumlah esoknya cuti sempena Kejuaran Piala Suzuki Pasukan Malaysia. Selepas Maghrib terus kami bergerak mengambil isteri saya di Kelana Jaya dan meneruskan perjalanan ke Gulam Mee di Kota Damansara. Memang layan bila dapat merasa keenakan mee goreng kat situ. Sekali sekala terubat juga rindu nak pekena Mee Goreng Derga(located at Kedah). Pada malam tu kami pulang ke Larson Place dan beristirehat sehingga keesokan hari.