Nuffnang Advertisement

Thursday, March 10, 2011

Kenduri Perkahwinan Arith & Elly di Jengka 23, Pahang.

Pada 3 Februari 2011, berlangsung sudah perkahwinan Arith atau nama timangan Mat Aris. Majlis berlangsung di Jengka 23. Kami tiba sehari sebelum iaitu pada 2 Februari 2011. Kami menginap di rumah yang ditinggalkan tuan rumah kerana isteri dia dah meninggal so dia pun kahwin lain dan stay tempat lain. Agak dasyat rumah tu tapi saya tak nak cerita panjang.




Pada malam tu sudah berlangsung kenduri kahwin. Malam tu dah siap ada nasi putih dengan ikan gulai. Memang layan sebab semua jenis lauk dimasak sendiri.

Esok Pagi masa hari kenduri lagi banyak lauk dan perlbagai jenis air. Depa buat nasi kawah dengan gulai daging. Memang puas makan daging tempatan plak tu..


Pengantin tiba jam 1 petang diiringi mercun. Dah macam sambut Tahun Baru Cina plak. Majlis bersambung sebelah malam dengan keluarga membakar ayam BBQ. Lepas tu siap buat karipap sendiri.. Memang layan la malam tu. Esoknya diorang masak nasi lemak plak. Memang best betul. Lebih kurang pukul 11 pagi kami pulang ke Kuala Lumpur dan tiba lebih kurang pukul 1 di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment