Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 30, 2011

Pasukan Malaysia Punya Laluan Cerah Kelayakan Piala Dunia 2014

Rabu, 30 Mac 2011 - Hasil undian sebentar tadi menunjukkan Malaysia punya peluang cerah untuk ke peringkat lebih jauh apabila diundi menentang China Taipei pada pusingan pertama dan bertemu Singapura pada pusingan kedua nanti. Gambaran seperti dibawah.

Kelayakan Piala Dunia 2014

Thursday, March 10, 2011

Impianku Tercapai Jua

Bulan Februai lalu, impianku sejak kecil telah tercapai dengan munculnya scrambler DTM150 ditunggang aku sendiri. Memang best bawa motor ni. Pada mulanya kurang biasa tapi lama kelamaan aku sudah biasa mengendalikan mesin bermotor amat ku idamkan..


Luthfi dan Luqman di Kuala Lumpur

Pada Februari lepas, Luthfi dan Luqman akhirnya tiba di Kuala Lumpur. Memang rasa seronok diorang dapat datang ke KL. Mereka tiba pada 11 malam dan tinggal bersama kami di Kelana Jaya. Mereka tinggal selama 2 malam di sini. Rasa seronok dapat bermain dengan diorang. Luthfi pun dah makin pandai mengenali bapa saudara dia walaupun dia confuse panggilan Pak Ngah dan Pak Tam.


Kenduri Perkahwinan Arith & Elly di Jengka 23, Pahang.

Pada 3 Februari 2011, berlangsung sudah perkahwinan Arith atau nama timangan Mat Aris. Majlis berlangsung di Jengka 23. Kami tiba sehari sebelum iaitu pada 2 Februari 2011. Kami menginap di rumah yang ditinggalkan tuan rumah kerana isteri dia dah meninggal so dia pun kahwin lain dan stay tempat lain. Agak dasyat rumah tu tapi saya tak nak cerita panjang.


Konsert Aizat Amdan di Bantley Music


Pada awal Januari lalu, aku, shakira dan dalilah telah mengambil kesempatan ke Konsert Aizat. Memang layan gak konsert tu. Tak sangka begitu ramai yang hadir menonton. Cuma ada letih sebab terpaksa berdir selama 2 jalm konsert berlangsung. Aizat turut menjemput abangnya and band as back up performer selain itu dia turut menjemput aizat gitaris bass Hujan menggantikan gitaris bass diorang yang last minutes tak dapat datang pada malam tu. Ramai juga artis datang memeriahkan konsert termasuk Siti Nurhaliza, Noh Hujan, Mizz Nina, Sharifah Aini, Bunkface dan beberapa lagi artis yang mungkin saya tidak kelihatan.


Persinggahan di Bandong Dapoer dan Fuzas Beriyani

Nasi Ayam Penyet
Pada bulan Februari, agak lama tak update disebabkan terlalu sibuk dengan kerja harian. Pada bulan Februari yang lepas saya telah cuba makanan indonesia di Bandong Dapoer, Kelana Jaya. Saya mencuba makanan terkenal indonesia iaitu nasi ayam penyet. Saperti dijangka ayam memang sedap cuma masalahnya tiada kuah plak.. terpaksa makan nasi jer dengan ayam... layan gak la...

Kusyuk makan nasi ayam penyet


Nasi Beriani Kambing